Tuesday, May 15, 2007

FORUM: MEMPERINGATI 100 TAHUN HASSAN AL-BANNA

Tarikh;
20 Mei 2007 / 3 Jamadilawwal 1428 (Ahad)

Masa;
08:30pg - 12:30tgh

Tempat;
Auditorium Kompleks Taman Seni Islam
Seksyen 10 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(Bersebelahan Masjid Negeri SSAAS)


Pengisian Program;

Ulasan Biografi Hassan Al-Banna "Sumbangan Pemikiran Mujaddid Abad Ini..."
- Ustaz Riduan Md Nor

Wacana "Pengaruh Hassan Al-Banna & Ikhwanul Muslimin Terhadap Dunia Islam"
- Moderator: Ustaz Nazmi Abd Karim
- Ahli Panel: Haji Khalid Samad, Haji Saari Sungib (Abu Urwah), Ustaz Nik Abduh Nik Abd
Aziz

Persembahan & Pameran
- Selingan nasyid & jualan buku-buku Hassan Al-Banna & Ikhwanul Muslimin serta Fikrah
Islami

Penyertaan;
- Terbuka kepada seluruh muslimin & muslimat
- Penyertaan daripada pendokong-pendokong Gerakan Islam, pelajar, pendidik serta pihak
swasta amat dialukan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi;
Azli Yusof (019-387 9570)
Ahmad Sayuti (019-214 0240)
Mohd Azmin (019-220 7634

Anjuran;
I Generasi Inovatif

Sunday, May 06, 2007

Sesungguhnya Allah akan mengujimu.

Hendaklah seorang hamba merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepadaNya serta bermunajat kepadaNya, kerana kemenangan hanya ada ditanganNya, dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepadaNya.

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdullah bin Abbas r.anhu sebagaimana yang terdapat dalam Sunan At-Tirmidzi, dengan sanad yang sahih, Rasulullah SAW bersabda:

Peliharalah Allah(peliharalah ajaran dan hukum-hukum Allah dgn melaksanakan semua perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya), nescaya Allah kan memeliharamu.Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatkanNya di hadapanmu. Kalau kamu memohon, maka mohonlah kepada Allah, kalau kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, bahawa apabila umat ini berhimpun untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan kebaikan kepadamu, kecuali yang telah Allah tetapkan kepadamu. Dan apabila mereka berhimpun untuk memberikan suatu kemudharatan kepadamu, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan kemudharatan kepadamu, kecuali yang telah Allah tetapkan kepadamu, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lemabran (amal perbuatan manusia) telah kering.

(Ahmad, no. 2664, 2758, 2800 dan At-Tormidzi no. 2516 )

Demi Allah, yang tiada Tuhan selain, Dia, kalau sekiranya penduduk dunia berkumpul hendak berbuat jahat kepadamu, sementara Allah bersamamu, nescaya mereka tidak mampu berbuat jahat sedikitpun kepadamu.

Dan apabila mereka berkumpul untuk menolongmu sementara Allah tidak bersamamu, nescaya mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk menolongmu. Jadi, kekuatan tunggak yang tidak akan dapat dikalahkan hanyalah kekuatan Allah Subhanahu wa ta'la. Maka sayugianya seorang hamba melepaskan diri dari pergantungannya kepada manusia dan dengan hanya bergantung kepada Allah semata-mata.

*petikan dari "Jagalah Allah.. Alah menjagamu.." , Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Wednesday, May 02, 2007

Indahnya anugerah Allah..

Assalamualaikum warahmatullah..

kaifahalukum... ana harap semuanya sihat wal afiat...
Alhamdulillah syukur dgn anugerah Allah yg selama ini kita jarang syukuri.. bersyukurlah kepada sesiapa yg masih mempunyai abi dan ummi.. kepada yg telah kembali ke rahmatullah, perbanyakkan lah sedekah al-fatihah buat mereka.. bg yg masih hidup pun kita boleh sedekahkan.. jgn tunggu mereka tiada baru la nak sedekah al fatihah..

Ana bersyukur dipertemukan dengan sebuah keluarga Islam yg harmoni.. seronok dpt kenal Nabila, Adibah dan terutama skali Zayyan.. ;) setiap pertemuan dan aturan pasti ada hikmah..

Ya Allah aku bersyukur engkau menganugerah kan keluarga ini sebagai kenangan terindah dalam hidupku.. kurniakanlah kami kesudahan yang terbaik menurut pandanganMU..

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati (ustaz, kak nora, ana, nabila, adibah dan zayyan comel) ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban da'wah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat menyokong syari'atMu, maka eratkahlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini.Tunjukkanlah hati-hati ini akan jalan Nya (yang sebenar)..Penuhkahlah pialahati ini dengan cahaya Robbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikahlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu..Engkaulah sebaik-baik sndaran dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah Junjungan kami Muhammad, keluarga dan para Sahabat Baginda semuanya.. Amin..

*Alangkah indahnya ukhuwwah andai bertemu dan berpisah kerana ALLAH*